Daisypath Anniversary tickers

Friday 15 November 2013

Si Permata Hatiku


Inilah dia permata-permata hatiku. Si kakak Nur Aliya Maisarah sudah berusia 4 tahun. Tahun depan melangkah ke alam baru. Mahu ke sekolah katanya. Aku pun tidak membayangkan bagaimana gelagat bila berada di sekolah nanti. Harap semua berjalan lancar. Si adik Muhammad Alif Firdaus berusia 2 tahun. Selalu sangat bergaduh dengan kakaknya. Jika dilihat pada fizikal masing-masing tidak ubah seperti anak kembar. Sama saja saiznya.

Aku sangat bersyukur dengan kurniaan yang diberikan. Moga permata-permata ini menjadi insan berguna di dunia dan akhirat. Amin..

2 comments:

  1. Wahhh...cantik le blog Anum :) Dah nak sekolah dah?. Belikan dia buku dan ajar dia buat homework setiap malam sekurang2nya sejam sehari Anum.

    ReplyDelete
  2. tq kak bahiyah amani...baru belajar buat blog..

    ReplyDelete